Salam
Ada banyak kaedah untuk atasi masalah ini, tetapi cara yang telah berjaya ialah PRAM reset. Caranya ialah
1. sediakan jari-jari anda untuk tekan butang command + option + P + R
2. Shut Down Mac anda
3. Hidupkan Mac anda
4. Tekan butang command + option + P + R sebelum paparan kelabu muncul
5. Lepaskan tekanan yang serentak tadi
Cuba buka iSight. Selamat mencuba.
Owh Baru Tahu...
Saturday, June 5, 2010
Thursday, June 3, 2010
Menambah lirik dan artwork ke dalam lagu di iPhone
Salam,
Sila ikuti video ini untuk meletakkan lirik dan artwork ke dalam lagu di iPhone anda. Caranya mudah dengan menggunakan iTunes di MacBook. Rakaman video adalah menggunakan iShowU HD Demo version. Selamat mencuba.
Wednesday, May 26, 2010
Grab

Salam
Kita pengguna Macbook yang agak baru juga. Memang payah jika sebelum ini terikat dengan OS Windows yang kita boleh dikatakan mahir sana sini. Jadi kita rasa lebih baik dikongsi dengan yang lain jika ada kegunaan yang baru yang kita fikir selalu digunakan oleh pengguna lain.
Jika dalam Windows (versi paling akhir sebelum berpindah ke Mac OS X ialah Windows Vista) jika kita hendak capture imej pada paparan semasa, kita selalu guna butang PrintScreen. Tetapi dalam Mac kita boleh guna "Grab".
Ada dua cara untuk cari mana-mana aplikasi yang sedia di"install" dalam Mac. Pertamanya gerak pointer mouse ke hujung kanan ke simbol kanta pembesar, at
au Spotlight dan taipkan Grab. Ada dua pane yang muncul, lihat pane kiri yang menunjukkan kategori Application, dan pane kanan menunujukkan Grab. Pilih/Select Grab berkenaan dan ia sedia digunakan.Cara kedua ialah cari Grab di direktori Applications/Utilities di Finder.
Grab membenarkan kita meng"capture" imej dengan empat cara:- Selection (command+shift+A)- membenarkan anda untuk pilih ruang untuk di"capture" dengan klik tekan mouse dan drag sehingga ruangan yang dikehendaki telah dipilih. Sejurus anda melepaskan klik mouse, suatu tetingkapakan muncul dan memaparkan ruangan pilihan anda tadi. Anda boleh copy (command+C) dan paste (command+V) ke mana-mana ruangan yang dibenarkan anda melekatkan imej yang anda baru copy tadi contohnya pada Word document.
- Window (command+shift+W)- membenarkan anda untuk capture tetingkap tertentu. Anda cuma perlu klik butang Choose Window semasa pop up window Window Grab muncul dan pilihlah tetingkap mana yang anda mahu capture.
- Screen (command+Z)- membenarkan anda untuk capture seluruh paparan skrin. Anda cuma klik di luar Screen Grab pop up window, dan seluruh skrin akan di-capture tetapi tidak termasuk tetingkap Screen Grab.
- Time Screen (command+shift+Z)- membenarkan anda untuk capture seluruh paparan skrin tetapi hanya akan berlaku selepas beberapa sela masa lengahan.
Kita harap ini dapat membantu.
Subscribe to:
Comments (Atom)